Monday, July 20, 2009

Elok Budi

Salam dan selamat datang ke myLittleBooth, gerai maya anda =)

myLittleBooth adalah satu gerai maya yang lebih memberi fokus kepada keperluan para ibu dan bayi terutamanya berkaitan penyusuan ibu dan babywearing. Idea bagi membuka gerai maya ini adalah terilham daripada minat kami sendiri di dalam dunia penyusuan dan babywearing, selain cuba memberikan yang terbaik buat si manja. Kami adalah ibu bapa yang sepenuhnya 100% menyokong penyusuan ibu.

Gerai maya ini beroperasi dari teratak kami sendiri di Kuala Lumpur. Keutamaan segala urusan penghantaran adalah dijalankan melalui perkhidmatan Skynet. Walaubagaimanapun, kami tiada masalah bagi para pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Setakat ini, semua produk yang berkaitan adalah dijahit sendiri oleh kami.

Di myLittleBooth, kami sentiasa cuba memberikan yang terbaik, berpatutan dan termurah kerana matlamat utama kami adalah lebih kepada ingin berkongsi minat bersama anda semua. Kami gembira menyediakan produk2 yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh semua lapisan. Kami amat mengalu2kan sebarang komen dan cadangan yang membina supaya dapat membantu kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat anda. Kami juga berharap anda semua sentiasa gembira berurusan di myLittleBooth.

Teristimewa buat si comel, gerai ini didedikasikan khas buatmu Iman Mawaddah =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin